Tuesday 3 May 2011

IBU BAPA PERLU JADI DOKTOR PAKAR

Ibu bapa perlu ada ilmu kesan kecacatan anak di peringkat awal: Najib


2011/05/03

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ibu bapa harus mempunyai ilmu dan pengetahuan asas untuk membolehkan mereka mengesan kemungkinan berlakunya kecacatan pada anak-anak ketika masih di peringkat awal. 

Beliau berkata, dengan adanya ilmu, ibu bapa juga boleh mengambil tindakan pencegahan yang perlu untuk mengelak kecacatan di kalangan kanak-kanak menjejaskan potensi dan kebolehan mereka.

Katanya, dari segi tindakan pencegahan, ibu bapa mesti faham faktor yang membawa risiko tinggi yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan.
"Contoh punca besar yang sering dipandang ringan ialah bila anak-anak demam panas, ada ibu bapa yang tidak mengambil tindakan untuk menurunkan suhu badan mereka, terapinya cukup mudah iaitu dengan meletakkan ais di dahi mereka sudah memadai. 

"Tetapi kerana tidak sedar dan tiada pengetahuan bahawa demam panas dengan suhu yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pada kanak-kanak, jadi dalam banyak kes tindakan mudah seperti ini pun tidak dilakukan oleh ibu bapa," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Setia Bakti "Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan kepada Kanak-Kanak" di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini. - BERNAMA 


KOMEN:


-INI ADALAH SATU PERKEMBANGAN YANG BAIK.KERA-jaan TIDAK PERLU LAGI MEMBELANJAKAN DUIT BERBILLION RINGGIT UNTUK MEMBINA HOSPITAL.SETIAP IBU BAPA WAJIB MENJADI DOKTOR KEPADA ANAK SENDIRI.


-HOSPITAL DAN  DOKTOR SECARA AUTOMATIK AKAN DIMANSUHKAN.HOSPITAL AKAN DIRENOVASI MENJADI TANDAS PALING BESAR DI DUNIA.MANAKALA DOKTOR AKAN DISERAP KEDALAM SEKTOR PEMBINAAN SEBAGAI BURUH KASAR KERANA FUNGSI MEREKA SUDAH DIAMBIL ALIH OLEH IBU BAPA.INI MENURUT HANTU PUAKA 3K,NAJIS.


-SARANAN YANG BIJAK LAGI BERNAS INI MENGAMBIL KIRA BAHAWA SETIAP IBU BAPA SECARA AUTOMTIK AKAN DIHANTAR MENJALANI LATIHAN KEDOKTORAN PAKAR DI LUAR NEGARA.JADI,ASAL SAHAJA SESIAPA YANG BERGELAR IBU BAPA,MEREKA SECARA AUTOMATIK ADALAH JUGA PAKAR DALAM BIDANG PERUBATAN.DOKTOR SEBENAR BOLEHLAH DI TOLAK KETEPI DISERAP MENJADI BURUH BINAAN MEMBINA DAN MENJAGA TANDAS.BIJAK SUNGGUH SI NAJIS 3K.


-TIDAK LAMA LAGI,SETIAP RAKYAT DINEGARA INI AKAN MENJADI PAKAR DALAM SEMUA BIDANG.INI ADALAH HASIH USAHA GIGIH DAN KETINGGIAN MUTU INTELEK NAJIS MEMERINTAH NEGARA INI.

No comments:

Post a Comment