Saturday 14 May 2011

PARA BOMOH DAN AHLI SIHER AKAN KE GEBENG,LINAS

IAEA setuju lantik pasukan pakar kaji semula projek Lynas


2011/05/14

KUALA LUMPUR: Pasukan pakar yang dilantik Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), yamg kini menjalankan kajian semula aspek keselamatan dan kesihatan kemudahan pemproses "rare earth" atau nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang, akan melawat apak projek dari 29 Mei hingga 3 Jun ini. 

Ia adalah sebahagian daripada proses kajian semula itu.

Panel pakar itu dijadual menyiapkan laporan dan mengemukakan hasilnya kepada kerajaan pada akhir Jun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata kerajaan bersikap telus dan akan mengumumkan kajian dan cadangan panel itu. 

Beliau juga berkata, import bahan mentah dari Austalia ke Malaysia tidak dibenarkan dan lesen praoperasi juga tidak dikeluarkan kepada Lynas sementera menunggu kajian itu diselesaikan. 

Keputusan kerajaan adalah berasaskan hasil kajian serta cadangan pakar terbabit, kata Mustapa. 

"Kerajaan Mendahulukan Rakyat dan kami akan terus memberikan keutamaan dalam melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan alam sekitar sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Keputusan kerajaan melantik panel bebas pakar-pakar antarabangsa untuk melakukan kajian semula itu dibuat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. 

Mustapa berkata, objektif misi pasukan IAEA ialah untuk mengkaji semula pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antarabangsa yang relevan, dan amalan baik serta menyediakan pendapat pakar bebas mengenai isu-isu keselamatan, terutama yang berkaitan keselamatan radiasi. 

Skop proses kajian semula itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar. 

Mustapa berkata, agensi misi kajian semula itu juga membabitkan sesi kerja pembukaan dan penutupan, pembentangan oleh pemegang kepentingan yang berkaitan serta lawatan tapak. 

Pihak yang berminat termasuk penduduk dan kumpulan masyarakat, akan mendapat peluang untuk bertemu anggota panel itu. 

"Kami menjangkakan sekurang-kurangnya dua hari akan diperuntukkan untuk menemui orang ramai dan pemegang kepentingan," katanya. 

IAEA memilih lapan pakar untuk menganggotai pasukan itu. 

Panel itu diketuai Dr Tero Varjoranta dari Finland. 

Beliau ialah Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA. 

Pakar luar itu terdiri daripada Jan van der Steen (Belanda), Dr Leo M Lowe (Kanada),Dr P M Balagopala Pillai (India), Dr Dennis Wymer (UK), Ulric Schwela (Finland). 

Pakar dalaman IAEA pula membabitkan Dr Magnus Vesterlind (Sweden), Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) dan Hanna Kajander (Finland), manakala Hiroko Raticliffe pula sebagai pembantu pentadbiran. 

Semua ahli panel diperakui pakar dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran khusus terhadap isu yang berkaitan dengan perlindungan radiasi, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan penutupan dan tindakan pemulihan. - BERNAMA


KOMEN:


1.SEKUMPULAN BOMOH TERNAMA DAN AHLI SIHIR YANG AHLI DALAM SILAP MATA AKAN DIHANTAR KE GEBENG BAGI MELAKUKAN PERSEMBAHAN SILAP MATA YANG AKAN MENYILAPKAN MATA RAKYAT BAGI MENGOLAH PERSETUJUAN ORANG RAMAI BERKENAAN AKTIVITI KILANG RACUN PEMBUNUH RAKYAT YANG TUGASNYA MERACUN RAKYAT.KAH...KAH...KAH....


2.BOMOH DAN PENYIHIR INI DILANTIK KHUSUS DARI KALANGAN GEROMBOLAN I.AE.A (I.ni A.dalah E.ksen A.ja). MEREKA AKAN BERSILAP MATA.MENGKAJI APA YANG TIDAK PERLU DIKAJI.MELIHAT APA YANG TIDAK PERLU DILIHAT.MENGOREK APA YANG TIDAK PERLU DIKOREK.MENGONGKEK APA YANG TIDAK PERLU DIKONGKEK.MENYELAK APA YANG TIDAK PERLU DISELAK.MENANYA APA YANG TIDAK PERLU DITANYA.BERTEMU DENGAN APA YANG TIDAK PERLI DI BERTEMU.HASILNYA NANTI , RAKYAT MARHAEN PERLU BERSETUJU DAN PERCAYA BAHAWA PRAJEK INI TIDAK AKAN MENJEJASKAN KESIHATAN DAN NYAWA ORANG YAHUDI DI JERUSALEM DAN AKAN MEMBERIKAN KEUNTUNGAN YANG LUMAYAN KEPADA GOLONGAN ELIT SAHAJA,SEKALIGUS MENGEKALKAN KETUANAN MLAYU.KAH...KAH...KAH....


3.BARANG SIAPA YANG MERAGUI HASIL SIASATAN PANEL YANG TIDAK BEBAS INI,MEREKA ADALAH BUKAN KETURUNAN ANAK GAMPANG.KAH..KAH..KAH..... BAGI YANG MENENTANG DENGAN HAK KEBEBASAN DEMONSTRASI,MEREKA INI ADALAH UNSUR-UNSUR ATAU ANASIR-ANASIR YANG MENGAMCAM KESELAMATAN DALAM NEGARA PLUTO.MEREKA HARUSLAH DIZALIMI DAN DIPENJARAKAN TANPA BICARA.ALA....MACAM ORANG YAHUDI MEMENJARAKAN TAHANAN PALESTIN TANPA BICARA TU.WALAU PUN DEMIKIAN,TINDAKAN INI TIDAKLAH ZALIM.INI JUGA JELAS TIDAK MENCERMINKAN YANG KERA.jaan ADALAH ZALIM SEPERTI YAHUDI.SAMA TAPI TIDAK SERUPA SAHAJA.KAH...KAH...KAH.....

No comments:

Post a Comment