Saturday 14 May 2011

ISU YB KALAH JADI SENATOR DAN DENGAN TIDAK MALU DAN BERMARUAHNYA DIBAWA MASUK KABINET


Isu penjualan asid akan dibawa ke kabinet
Mei 14, 11 4:44pm
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membawa isu penjualan dan pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan asid dapat diperketat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau juga akan mengutarakan kepada Kabinet supaya kes–kes keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita diberi keutamaan dalam penyiasatan dan keutamaan untuk mensabitkan penjenayah terbabit.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalilBeliau berkata kementerian memberi perhatian serius terhadap kedua-dua isu itu selepas terlalu ramai wanita menjadi mangsa simbahan cecair dipercayai asid yang kini tertumpu di sekitar Lembah Klang.

Saya akan membawa isu ini ke Kabinet dalam masa terdekat memohon peraturan yang berkaitan aktiviti menyimpan dan menjual asid dikaji semula supaya orang awam tidak memiliki bahan ini dengan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Alor Setar hari ini.

Shahrizat berkata beliau juga telah berjumpa dengan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dua hari lepas meminta isu simbahan asid itu dan keganasan terhadap wanita dibendung sebaik mungkin.

Sehingga semalam sebanyak 22 kes jenayah menyimbah cecair terhadap wanita berlaku di sekitar Lembah Klang yang dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berusia 20 dan 30-an yang menaiki motosikal.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichtyosis Kedah (Perkid) Mohd Firdaus Mehad menyerah memorandum berkaitan tuntutan kebajikan pesakit Ichtyosis, sejenis penyakit kulit, di seluruh Kedah kepada Shahrizat.

Firdaus berkata Perkid yang ditubuhkan dua bulan lepas dan mempunyai anggota seramai 25 orang memerlukan sokongan daripada kementerian tertentu supaya hal-hal kebajikan pesakit Ichtyosis diberi perhatian.

"Kebajikan yang kami perlukan ialah seperti ubat-ubatan, kewangan dan kaunseling bagi memastikan nasib pesakit seperti kami ini dibela dan kami mengharapkan masyarakat sedar dan tidak meminggirkan kami," katanya kepada pemberita.

KOMEN:

1.KAH...KAH...KAH.....BUKAN YB YANG DILANTIK JADI SENATOR DAN KEMUDIAN DILANTIK JADI MENTERI ADALAH SESUATU YANG AMAT MEMALUKAN..........SEKIRANYA AHLI POLITIK YANG GAGAL DALAM POLITIK.....MAKA,BUANG SAJA LAH DIA KE DALAM TONG SAMPAH....KAH...KAH...KAH....

2.ADAPUN JIKA MAHU MELANTIK SENATOR DAN DIANGKAT MENJADI MENTERI,SUSUK ITU HARUSLAH SEORANG PROFESIONAL DAN PAKAR DALAM SATU-SATU BIDANG.SELAYAKNYA LAH ORANG ITU DILANTIK MEMEGANG JAWATAN MENTERI DALAM KABINET.MISALNYA DIA PAKAR DALAM HAL EHWAL PERUBATAN.BOLEHLAH DILANTIK MENJADI MENTERI KESIHATAN.JIKA DIA PAKAR DALAM BIDANG KEJURUTERAAN,BOLEHLAH DIA DILANTIK MENJADI MENTERI KERJA RAYA.JIKA DIA HANYA SAEKOR AHLI POLITIK YANG TIDAK PAKAR DALAM MANA-MANA BIDANG SELAIN MENGAMPU,KALAH PULA MELAWAN BUDAK SETAHUN JAGUNG,BAIK LAH DIA BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG...KAH..KAH...KAH.....

3.JIKA ORANG TIDAK BERGUNA SEPERNI INI DIANGKAT KETEMPAT YANG BELIAU TIDAK YANG DUDUKI,MAKA AKAN TERJADILAH INSIDEN LAWAK BODOH SEPERTI INI.MENGUTARAKAN ISU BODOH DENGAN PENYELESAIAN YANG BODOH......KAH...KAH...KAH.....

4.BANYAK LAGI PERKARA SERIUS LAIN YANG MELIBATKAN SEBILANGAN BESAR RAKYAT DENGAN KEPERLUAN MENDESAK YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA.....

5.JIKA SAYA TEWAS DALAM PILIHAN RAYA KEPADA BUDAK SETAHUN JAGUNG,SAYA DENGAN BERMARUAHNYA MENGUNDURKAN DIRI DARI ARENA POLITIK.AKAN BALIK KE KAMPUNG UNTUK BERTANAM JAGUNG.SAYA TIDAK AKAN DENGAN TIDAK MALUNYA MENGAMPU NAJIS 3 K DAN MENERIMA JAWATAN SENATOR DAN MENTERI,INI KERANA SAYA TAHU RAKYAT TIDAK HINGIN AKAN SAYA,DAN SAYA ADALAH SAEKOR PEMINPIN YANG TIDAK BOLEH MEMIMPIN.KAH...KAH...KAH.......

No comments:

Post a Comment