Sunday, 24 April 2011

AC Mizal, isteri sertai UMNO


2011/04/24

IPOH: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini. 

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat. 

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. 

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya. 

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti. 
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya. 

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata, beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya. 

Isterinya, Emylia berasal dari sini. 

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata, beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - BERNAMA 




KOMEN:


-KAH...KAH...KAH...... TAK LAMA LAGI NEGARA KITA AKAN MENJADI SEPERTI NEGARA PILIPINA YANG ADA JOSEPH ESTRADA ATAU SEPERTI DI US YANG ADA RONALD REAGEN..KAH...KAH..KAH.....


-LAGI POWER DIARANG PERINTAH NEGARA.......DENGAN BAKAT LAKONAN YANG ADA,PASTI MEREKA DAPAT MENARIK UNDI DENGAN MUDAH........RAKYAT SENANG TERPENGARUH DENGAN HERO-HERO FILEM.KITA TOLAK KETEPI BAKAT MENTADBIR,DAYA INTELEK YANG TINGGI DAN PEMIMPIN YANG BERSIH DAN JUJUR.PEMIMPIN SEPERTI INI TIADA DAYA TARIKAN DAN TIDAK PANDAI BERLAKON.....KAH...KAH...KAH.....


-KITA TOLAK ORANG YANG ADA AKAL FIKRAH YANG TINGGI UNTUK MEMIMPIN NEGARA,KITA SUKA BUANG DUIT UNTUK APUNDI PEMIMPIN BARU YANG SANGAT BERBAKAT UNTUK BERLAKON.......... 


-SEMAKIN HARI SEMAKIN BONSAI FIKRAH RAKYAT.....TERIMA KASIH KERAjaan AMENO.PEMERINTAHAN ANDA LEBIH SEPARUH ABAD BERJAYA MEMBONZAIKAN FIKRAH RAKYAT.ANDA SANGAT BERBAKAN.SAYA SANGAT MENGAGUMI BAKAT ANDA ITU......KAH...KAH...KAH......


-YAAAAAAAAAAAAA...............MARI KITA SAMA-SAMA TOLAK PEMIMPIN BERSIH DAN BERKALIBER.KITA APUNDI PEMIMPIN KULIT CANTIK DI LUAR KOSONG DI DALAM........KAH...KAH...KAH........

No comments:

Post a Comment