Trio 'Datuk T' bakal hadapi tuduhan edar bahan lucah
Oleh Safeek Affendy Razali dan Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/04/19
Pejabat Peguam Negara teliti laporan siasatan kes video seks KUALA LUMPUR: Trio Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan tuduhan mengikut seksyen 292 Kanun Acara Jenayah kerana mengedar dan menayangkan bahan lucah yang boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.
“Sehingga kini belum ada sebarang perancangan untuk menahan tiga individu yang menyiarkan rakaman video seks membabitkan seorang lelaki dengan seorang wanita,” kata Acryl Sani ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, katanya, polis memberi tumpuan penuh hasil soal-siasat terhadap mereka ketika dipanggil ke Bukit Aman pada 24 Mac lalu.
Beliau berkata, siasatan terhadap mereka amat penting selepas hasil siasatan pertama yang diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 8 April lalu dikembalikan bagi membolehkan beberapa aspek siasatan dilengkapkan.
“Buat masa ini kami jangkakan laporan penuh akan selesai dalam masa terdekat dan diserahkan kembali kepada Pejabat Peguam Negara antara esok atau lusa untuk tindakan selanjutnya,” katanya dan menambah trio berkenaan mungkin dipanggil semula jika keadaan memerlukan.
Mengenai jam tangan jenama Omega dan tindakan yang bakal dikenakan terhadap individu dalam video seks berkenaan, beliau berkata polis masih menjalankan siasatan status jam tangan hasil siasatan Jabatan Kimia, manakala siasatan terhadap individu itu akan diputuskan sejurus Jabatan Peguam Negara membuat keputusan selepas meneliti laporan yang bakal diserahkan.
KOMEN:
-KAH..KAH...KAH...........MEREKA PASTI TIDAK AKAN DIDAKWAN............ SEDANGKAN MEROGOL BUDAK BAWAH UMUR LAGI BOLEH TERLEPAS,INIKAN PULA SEKADAR MENAYANG BAHAN LUCAH.PERKARA KECIK JA BAGI AMENO.......
-NO PROBLEMO.......KAH...KAH...KAH.......
-KASIHAN,DENDAM TAK BERBALAS...KAH...KAH...KAH.........
-IDEA ADA......TAPI BODOH...KAH...KAH...KAH......
-SKRIP TAK MENJADI......SENJATA MAKAN TUAN.........NASIB LE X MAKAN KONEK....KAH...KAH...KAH......
No comments:
Post a Comment