Friday, 15 April 2011

PILIHAN RAYA NEGERI SERAWAK 2011


Saat penentuan bagi Sarawak
Apr 15, 11 6:12pm
Kongsi 19
Saat yang ditunggu-tunggu rakyat Sarawak akhirnya menjelang tiba apabila esok mereka akan membuat penentuan selepas disogokkan dengan kempen paling panas dalam perebutan ke atas 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

NONEKeyakinan di pihak BN semakin meningkat pada beberapa hari terakhir kempen dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat ke serata pelusuk negeri, melawat rumah-rumah panjang dan bandar-bandar kecil, untuk menjelaskan mengenai pelan transformasi kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke Sarawak dan seluruh negara.

Mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang hari ini, Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

"Jangan undi ikut sentimen. Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden," katanya. 

NONENajib, yang juga Pengerusi BN, telah muncul sebagai tunggak kempen BN selepas pembangkang melancarkan "serangan" bertalu-talu terhadap tempoh lama Tan Sri Abdul Taib Mahmud memegang jawatan sebagai Ketua Menteri. Dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalannya dalam kabinet dan BN, Najib yakin rakyat Sarawak akan memastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga.
BN jangka menang besar

BN mensasarkan kemenangan besar dan yakin akan dapat memperoleh majoriti dua pertiga dan meranapkan cita-cita pembangkang untuk mengambil alih negeri ini.

NONEPada pilihan raya negeri kali ini, BN bertanding di semua 71 kerusi DUN dengan calon-calon daripada parti komponen BN negeri yang diterajui Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp), Parti Rakyat Sarawak (PRK) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pada 2006, BN menguasai 62 kerusi pada hari pengundian dan kemudiannya, seorang wakil rakyat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) menyertai komponen itu yang membolehkan BN menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum pembubarannya.

Tatkala BN meletakkan harapan pada Bumiputera untuk memastikan kejayaannya membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya kali ini, persoalan paling getir ialah mengenai survival Supp sebagai wakil masyarakat Cina di Kuching.

NONESupp berdepan cabaran getir dengan ditentang DAP di kerusi majoriti Cina di kawasan bandar dan turut menjadi taruhan ialah kerusi DUN Piasau di Miri yang akan dipertahankan Presiden Supp, Tan Sri Dr George Chan.

Pada 2006, pembangkang menawan lapan kerusi dengan enam daripadanya dimenangi DAP yang sebelum itu dikuasai Supp.

DAP adalah anggota pakatan pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung yang terbabit dalam pertandingan dengan BN. 

DAP bertanding di 15 kerusi majoriti Cina dan campuran Cina-Iban. Dua lagi anggota pakatan pembangkang ialah PKR yang bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu.
Calon Bebas popular

snap anthony belon campaignTurut bertanding ialah Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.

Kumpulan itu termasuk 15 calon daripada parti yang masih belum berdaftar, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) yang akan menggunakan simbol kapal terbang dan sembilan anggota PKR yang telah dipecat daripada parti selepas memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.

Dua calon Bebas yang popular ialah Datuk Salleh Jafaruddin, dua pupu Taib, yang akan mencabar Ketua Menteri itu dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Balingian, dan peguam Dominique Ng (bawahkiri), yang akan mempertahankan kerusi DUN Padungan di Kuching selepas beliau diketepikan oleh PKR walaupun merupakan satu-satunya calon PKR yang menang pada 2006.

NONEPilihan raya kali ini juga menyaksikan peningkatan jumlah pengundi dengan 1,748 pusat mengundi dibuka di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan pengundian antara 65 hingga 75 peratus daripada 979,796 pemilih berdaftar. Peratusan pengundian pada 2006 ialah 63.2 peratus.

Polis juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal untuk mengundi berikutan hujan diramalkan pada sebelah tengah hari dan petang. 

- Bernama

KOMEN:

-SETELAH MENINJAU DISERATA NEGRI SERAWAK,TEMPAT TERAKHIR YANG SAYA SENDIRI TINJAU ADALAH DUN YANG TERLETAK DI HUJUNG NEGERI SERAWAK.PALING HUNJUNG.DUN N 7.1 BUKET SARY.

-AGAK HAMBAR.SAMBUTAN DISINI AGAK MENGHAMPAKAN SAYA.POSTER YANG KELIHATAN,HANYA BERWARNA BIRU,DAN DACING YANG PUTIH.

-SAYA MENAIKI TEKSI SEHINGGA KE PUNANG.SEPANJANG PERJALANAN,HANYA BENDERA BIRU SAHAJA YANG KELIHATAN.CUMA ADA 6 BENDERA PKR YANG TERPACAK DI TEPI JALAN SEPANJANG JALAN KE PUNANG.

-SAYA MINUM DIKEDAI KOPI DI PEKAN LAWAS.SAMBIL MENIKMATI KOPI TENOM YANG ENAK,SAYA MEMASANG TELINGA MENDENGAR PERBUALAN ORANG-ORANG DISEKITAR SAYA YANG RATA-RATANYA RANCAK BERBUAL TENTANG POLITIK DAN PILIHAN RAYA.

-DARI CAKAP-CAKAP MEREKA,DAN BAJU YANG DI PAKAI,JELAS MEREKA INI ADALAH PENYOKONG PKR.SETELAH LAMA MEMASANG TELINGA,SAYA MENDENGAR KELUHAN MEREKA.WALAUPUN MEREKA PENYOKONG PKR,MEREKA HAMPA DENGAN CALON PKR DISANA.

-CALON PKR DISANA RUPANYA BEKERJA DI NEGARA JIRAN.DI BRUNAI.JARANG-JARANG BELIAU MENJENGUK KE LAWAS.HANYA PADA MASA PILIHAN RAYA BARULAH WAJAHNYA MUNCUL.ITU PUN UNTUK SEKETIKA SAHAJA.KEMUDIAN BELIAU KEMBALI KE BRUNAI UNTUK MEMBERI FOKUS KEPADA PERNIAGAANNYA DI SANA.

-SAYA MEMBUAT KESIMPULAN,AGAK SUKAR BAGI PKR MENANG BAGI KAWASAN INI.HANYA PENGARUH ANWAR YANG DATANG BERCERAMAH DI KPGG PUNANG JAYA YANG MENJADI SANDARAN MERAIH UNDI.NAMUN,MISI MENAWAN BUKET SARI BAGI PKR,SERASA MUSTAHIL.

-SAYA AKAN BERTOLAK KE KUCHING PULA PADA HARI PENGUNDIAN.HANYA KAWASAN BANDAR DI SERAWAK SAHAJA YANG BOLEH MENGHIBURKAN HATI SAYA.PELUANG PR UNTUK MENANG DIKAWASAN BANDAR DAN KAWASAN PENDUDUK MAJORITI TIONGHUAHUA AMAT CERAH.HANYA DAP YANG MUNGKIN AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI SERAWAK.

-DIHARAP,DALAM PILIHAN RAYA YANG AKAN DATANG,PENDUDUK BUMIPUTRA DAN PENDUDUK KAWASAN LUAR BANDAR AKAN LEBIH TERBUKA UNTUK MENERIMA PR SEKALIGUS MERUBAH REGIM YANG TERLALU LAMA MEMERINTAH DISINI.


No comments:

Post a Comment