Calon teramai
Oleh Kadir Dikoh dan Ahmad Naim Tahir
bhnews@bharian.com.my
2011/04/07
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi Ketua Menteri Sarawak yang juga calon Barisan Nasional bagi DUN Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ke tempat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah, semalam.
KUCHING: Sebanyak 213 calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April ini, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negeri ini dengan Barisan Nasional (BN) dijangka menerima tentangan hebat daripada pembangkang untuk mendapatkan mandat baru daripada pengundi.BN mempertaruhkan calon di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah lawan tertinggi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding 49 kerusi, diikuti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), 26 kerusi; DAP (15), Parti Cinta Malaysia (PCM) (enam) dan PAS (lima).Penyertaan calon Bebas dan calon wanita juga paling ramai dalam sejarah pilihan raya negeri, masing-masing 41 dan 16 orang, selain tiada lagi kemenangan tanpa bertanding untuk BN seperti yang kerap berlaku pada pilihan raya sebelum ini, termasuk dua pada 2006.
Jumlah calon lelaki mendominasi dengan 197 calon, tetapi setiap parti kecuali SNAP tidak mengetepikan calon wanita dengan BN, PKR dan DAP masing-masing memberi kepercayaan kepada empat wanita.
PAS juga tidak ketinggalan apabila menamakan dua calon wanita yang disifatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaras dengan usaha parti meningkatkan martabat wanita. Seorang lagi calon wanita bertanding atas tiket Bebas.
Daripada keseluruhan 71 kawasan pilihan raya, masing-masing dua kerusi menyaksikan pertembungan enam dan lima penjuru, empat penjuru (17), tiga penjuru (23) dan dua penjuru (27).
Sepanjang tempoh 10 hari kempen bermula semalam, BN dijangka memberi lebih tumpuan untuk meraih sokongan di lapan DUN milik DAP, PKR dan PCM serta memastikan kawasan majoriti pengundi Cina dan dilabel kelabu tidak jatuh ke tangan pembangkang.
Kerusi yang mahu dirampas BN ialah Pending, Padungan, Batu Lintang, Kidurong, Meradong, Kota Sentosa, Bukit Assek dan Ngemah, selain mengetepikan saingan pembangkang yang bertumpu di Samariang, Batu Kawah, Lingga, Engkelili, Saribas, Belawai, Bawang Assan, Nangka, Balingian, Pelagus, Bekenu, Bukit Kota, Ba'kelalan, Telang Usan, Batang Ai, Kedup, Simunjan dan Bukit Begunan.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mempertahankan kerusi Balingian menentang dua pupunya yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin dan peniaga, Suriati Abdullah, 50.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ditemui di Mukah, menasihatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan pihak tertentu, termasuk calon Bebas yang mendakwa kononnya mendapat sokongan pimpinan kerajaan atau BN Pusat.
“Di semua 71 DUN di Sarawak, kita meletak calon atas lambang BN. Itulah calon yang direstui, menggunakan lambang dacing yang sudah mendapat pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya yang mengiringi Abdul Taib ke pusat penamaan calon, di Dewan Suarah Mesra, Mukah.
PAS yang mempertaruhkan lima calon, sekadar berharap penyertaan calon Bebas di kawasan yang ditandinginya mampu memecahkan undi BN dan memberi kemenangan mengejut kepada parti itu yang hanya bertanding di Beting Maro pada pilihan raya negeri 2006.
“Kita berharap mampu membuat kejutan kali ini,” kata Abdul Hadi selepas mengiringi calon PAS bagi DUN Sadong Jaya, Abang Eddy Allyanny, iaitu satu daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, selain Sebuyau, Tanjung Datu, Beting Maro dan Muara Tuang.
Saingan di kawasan majoriti pengundi kaum Melanau seperti DUN Jepak, Semop, Jemoreng, Daro, Belawai, Balingian, Dalat dan Nangka juga diramal sengit dengan saingan daripada pembangkang dan Bebas
KOMEN:
-MENYUBURKAN DEMOKRASI?
No comments:
Post a Comment