Taib janji berundur pertengahan penggal
Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".
Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan
baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.
"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.
"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.
Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi,
dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.
Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).
PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.
PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang
diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu.
Sementara itu Bernama melaporkan, Taib berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong BN dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan.
Menurutnya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari luar.
Katanya rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut.
"Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya.
Taib berkata pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada di kalangan kebanyakan rakyat.
"Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.
Taib berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif.
"Rakyat nampak kerajaan pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan,"
katanya.
Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastrukur.
Taib berkata keputusan pilihan raya hari ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk terus memajukan Sarawak.
Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir.

KOMEN:
-DARI KENYATAAN BELIAU INI,JELAS MENUNJUKKAN IA ADALAH SUATU UGUTAN KEPADA MASYARAKAT TIONGHUA SERAWAK.
-JELAS,BELIAU MEMAKSUDKAN APA YANG DIKATANYA.KETIKA DI KUCING,SAYA HAIRAN KENAPA ADA JALAN YANG DOUBLE LANE SEPERTI HIGHWAY KE BANDAR KUCING GELAP GELITA.SETELAH BERTANYA KEPADA PEMANDU,RUPA-RUPANYA KAWASAN DI SANA DIMENANGI OLEH DAP.
-SAYA TIDAK INGAT NAMA JALAN ITU.TETAPI JALAN ITU ADALAH HIGHWAY UNTUK KE BANDAR KUCING.JALAN DIBUAT SEBELUM PILIHAN RAYA NEGRI 2006.BELUM SIAP 100%,DAP TELAH MENANG DISANA.SEGALA PEMBANGUNAN BERHENTI SERTA MERTA.AGAK TAKJUB JUGA SAYA KETIKA ITU KERANA JALAN DENGAN LARONG YANG LUAS DAN BAGUS TIADA LAMPU JALAN SEPANJANG LALUANNYA.RUPA-RUPANYA LAMPU JALAN TIDAK DIPASANG SEBAIK SAHAJA DAP MENANG DI SANA.
-PADA PILIHANRAYA NEGRI BARI-BARU INI,KETIKA DI BA'KELALAN,SAYA MENDENGAR JALAN AKAN DI BINA DAN TIANG ELEKTRIK SUDAH DI PACAK.SECARA PRIBADI SAYA BERPENDAPAT INI ADALAH TAKTIK UGUT DAN PANCING BILL TAIB GATES KEPADA MASYARAKAT MURUT.SEMUANYA DIBUAT SEKERAT JALAN.HANYA APABILA PENDUDUK MENGUNDI BEend,BARULAH JALAN AKAN DIBUAT DAN KABEL WAYAR ELEKTRIK AKAN DIBINA.
-NAMPAKNYA TAKTIK KOTOR INI TIDAK MENJADI.MASAYRAKAT MURUT TETAP MEMILIH PKR.SAYA BERASA AGAK KASIHAN DENGAN MEREKA DAN SESIAPA YANG TIDAK MENGUNDI BEend.MEREKA AKAN TERUS DITEKAN DAN DITINDAS OLEH RAJA SERAWAK ITU.
-KESAN DARI PILIHAN RAYA INI,MASYARAKAT TIONGHUA DAN MURUT AKAN TERPINGGIR DARI MENDAPAT BANTUAN OLEH KERAjaan NEGRI.PEMBAHAGIAN KEK EKONOMI JUGA TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA MEREKA.SUARA MEREKA TIDAK AKAN DIDENGAR DI DALAM KERAjaan.INILAH ANTARA POLISI YANG DIAMALKAN OLEH BILL TAIB GATES DI SERAWAK.BELIAU AKAN MENINDAS SESIAPA YANG MENENTANGNYA.
-SAYA PERNAH MENDENGAR LUAHAN HATI SEORANG RAKYAT SERAWAK YANG MENGELUH KERANA TIDAK MENDAPAT BANTUAN TANGKI AIR GARA-GARA DIA MENJADI PENYOKONG PKR.SEDANGKAN JIRANNYA YANG LAIN SEBELAH MENYEBELAH SEMUANYA MENDAPAT BANTUAN TANGKI AIR PERCUMA.BEGITU JUGA DENGAN BANTUAN MENYIMEN ATAU MENGETAR JALAN KE RUMAH.SESIAPA YANG TIDAK MENYOKONG BILL TAIB GATES,TIDAK AKAN MENDAPAT BANTUAN.
-BAGI SAYA,INI ADALAH SESUATU YANG TIDAK ADIL DAN ZALIM.TUGAS KERAJAAN ADALAH MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT.WALAUPUN BERBEDA IDEOLOGI POLITIK,SETIAP RAKYAT HARUSLAH MENDAPAT PEMBELAAN.BUKANNYA DITINDAS SEPERTI INI.
-BAGI SAYA,RAKYAT SERAWAK MELAKUKAN KESILAPAN BESAR MENGUNDI PR SEDIKIT-SEDIKIT SAHAJA.KERANA SELEPAS INI MEREKA AKAN DI TINDAS OLEH REJIM TAIB GATES.PENDUDUK BA'KELALAN DAN PENDUDUK TIONGHUA DI BANDAR AKAN DITINDAS SEWENANG-WENANGNYA OLEH TAIB GATES.
-JIKA PINTAR,RAKYAT SERAWAK SEHARUSNYA MEMBUNGKUS TERUS REGIM TAIB GATES DARI POLITIK SERAWAK.BARULAH MEREKA SELAMAT DARI DITINDAS OLEH TAIB GATES.
No comments:
Post a Comment