Wednesday, 27 April 2011

MALAESIA SAUDARA SERANJANG , JIRAN KETAT CHINA

Malaysia ‘saudara baik, jiran akrab’ China


2011/04/27

WEN  ketika ditemubual wakil media  di Ziguangge, Zhongnanhai.
WEN ketika ditemubual wakil media di Ziguangge, Zhongnanhai.
BEIJING: Perdana Menteri China, Wen Jiabao menyifatkan Malaysia sebagai ‘saudara baik serta jiran akrab’, dan hubungan dua hala antara Beijing dan Kuala Lumpur mempunyai masa depan yang cerah. 

Wen berkata, beliau percaya Malaysia dan China akan menikmati masa depan cerah kerana hubungan bersejarah dan saling kepercayaan yang wujud antara kedua-dua negara itu.

Menyentuh hubungan Malaysia-China, beliau mengimbas kembali dua episod sejarah yang penting iaitu Malaysia menjadi negara ASEAN pertama menjalin hubungan diplomatik dengan China dan peranan Malaysia dalam memupuk hubungan Dialog China-ASEAN.
“Kita tidak pernah lupa episod sejarah antara kedua negara ini,” katanya dalam temu bual khas dengan BERNAMA, The Star dan tiga wakil media Indonesia menjelang lawatan rasminya ke Malaysia dan Indonesia bermula hari ini. 

Temu bual itu diadakan di Ziguangge, Zhongnanhai, iaitu tempat pemimpin China sering melayan tetamu asing mereka, dan lokasi itu mencerminkan penekanan kepada kepentingan yang diberikan oleh Wen mengenai hubungan khas China dengan dua negara jiran dari ASEAN itu. 

Mengenai usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia-China, Wen berkata, ia harus berdasarkan kepada kepercayaan bersama. 

“Anda tanya mengenai masa depan hubungan Malaysia-China dan saya setuju dengan anda bahawa saling kepercayaan perlu diutamakan dan ia terpenting dalam membangunkan hubungan antara negara. 
“Ada pepatah China menyebut apabila membangunkan sesebuah hubungan, ia penting jika kita mempertingkatkan komunikasi bersama supaya kita boleh saling mempercayai dan ia penting sekiranya kita memaklumkan apa yang sebenarnya bermain dalam minda kita,” katanya. 

Wen juga mengulas dengan apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan rasminya ke China pada Jun 2009 bahawa kejayaan hubungan dua hala antara Malaysia dan China pada masa depan harus berpaksikan kepada kepercayaan. 

Pemimpin China itu berkata, China dan Malaysia perlu mempertingkatkan kerjasama dalam bidang penting seperti perdagangan, sains dan teknologi dan pendidikan. 

“Malaysia menjadi rakan perdagangan terbesar China dalam ASEAN. Menurut perangkaan China, perdagangan dua hala mencecah RM222.3 bilion tahun lalu. 

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mengekalkan momentum dan mempunyai imbangan, terselaras dan pertumbuhan mampan dalam perdagangan kita dan pada masa sama meningkatkan kandungan sains dan teknologi dalam perdagangan dua hala,” katanya. 

Wen berkata, beliau mendapati banyak liputan dalam akhbar Malaysia baru-baru ini mengenai pemeterian pengiktirafan bersama ijazah akademik ketika lawatannya ke Malaysia nanti. 

“Mengapa akhbar-akhbar ini memberi banyak perhatian kepada soal ini? Saya percaya ia kerana pertukaran dalam pendidikan dan sains dan teknologi menjadi inti pati masa depan hubungan dua hala kita,” jelasnya. – BERNAMA 


KOMEN:


-YAAAAA....MEREKA SANGAT AKRAB SEHINGGA MENGHANTAR LENDIR CHINA DOLL UNTUK KOTE BEend REGIM SONDOL BAGI MEMUDAHKAN PEN MELUNCUR DI ATAS SURAT PERJANJIAN PEMBELIAN SENJATA DAN PENYERAHAN PULAU BRATLY KEPADA CHINA. http://en.wikipedia.org/wiki/Spratly_Islands_dispute , http://en.wikipedia.org/wiki/FN-6

-http://www.bharian.com.my/articles/Polistahan9pelajarChina/Article/ , http://suropeji.com/jutaan-pelajar-china-tawarkan-diri-jadi-selir-mau/ , http://kampus.okezone.com/read/2011/04/20/373/448162/china-pengekspor-pelajar-terbanyak-di-dunia

-HUBUNGAN ATAS DASAR SAMA PERCAYA SANGAT MURNI DAN SUCI......KAH...KAH...KAH......

No comments:

Post a Comment