Arab Saudi mula kurangkan pengeluaran minyak mentah
2011/04/18
KUWAIT: Arab Saudi semalam mengumumkan kerajaan sudah mengurangkan pengeluaran minyak mentah negara itu sebanyak 800,000 tong sehari sejak Mac lalu berikutan terlebih bekalan di pasaran. Namun, tidakan itu itu dianggap satu isyarat bahawa Opec tidak akan bertindak untuk menangani masalah harga minyak yang semakin mendadak di pasaran dunia sekarang.
Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi berkata kerajaan negara itu bertindak berikutan keadaan bekalan yang kini berlebihan di pasaran.
Katanya, peningkatan harga minyak dunia sekarang adalah di luar kawalan Opec tetapi pertubuhan negara pengeluar minyak itu akan mengadakan pertemuan Jun ini.
"Pasaran sekarang terlebih imbangan. Jumlah pengeluran kami pada Februari ialah 9.125 juta tong sehari manakala Mac 8.292 juta tong sehari.
"Pada Mei tidak belum mengetahuinya lagi, mungkin lebih tinggi sedikit daripada Mac.
"Sebab saya mendedahkan jumlah ini untuk memberitahu anda bahawa keadaan pasaran minyak mentah dunia sekarang terlebih bekalan," katanya. - Reuters
KOMEN:
-PAKAI KETE HYBRID ........
-INDUSTRI JANA PAKAI HYDRO......
-SIFARKAN PENGGUNAAN MINYAK........
-BILA PENGELUARAN KURANG,HARGA MAKIN NAIK,KITA AKAN MENERIMA KESANNYA DI SINI.HARGA BARANGAN SEMUANYA AKAN NAIK,KESAN DARIPADA KENAIKAN HARGA MINYAK.ALASAN,KOS PENGANGKUTAN MENINGKAT.
-THIS WORLD IS FULL OF SHIT.SEMUA NAK AMBIL UNTUNG MAKSIMUM SAHAJA.SEMUA NAK SEMBELIH RAKYAT.......CRAP!!!
No comments:
Post a Comment