Nik Aziz akur pembangkang tewas di Sarawak
2011/04/17
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akur pembangkang gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam. Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN), beliau gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap pakatan pembangkang.
Pada pilihan raya negeri itu semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.
"Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apa pun kemenangan BN di Sarawak membuktikan mereka tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA
KOMEN:
-INI ANTARA CONTOH KOMEN DARI SEORANG PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR.WALAUPUN TEWAS,SAYA PERCAYA PAS AKAN BERTAPAK JUGA DI SERAWAK DALAM PILIHAN RAYA YANG AKAN DATANG.
-YANG PENTING ADALAH MUSAHABAH DIRI DAN BINA KEKUATAN DARI KELEMAN DAN KESILAPAN YANG SUDAH-SUDAH.
No comments:
Post a Comment