Tuai rumah panjang ulas kejadian Anwar 'lari'
Oleh Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2011/04/15
KAPIT: Tuai rumah (penghulu) Rumah Panjang di kawasan pedalaman di sini, Edison Bugap, yang mengaku bertanya soalan mengenai isu liwat dan video seks kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika datang ke situ, kecewa apabila ketua pembangkang itu gagal memberi jawapan.Edison yang ditemui Berita Harian di rumah panjang itu berkata beliau mengajukan soalan terbabit kerana merasakan penduduk di situ berhak untuk mendapat penjelasan daripada mulut Anwar sendiri bagi memastikan kebenaran mengenai segala dakwaan berkenaan.
Insiden itu berlaku ketika Anwar berkempen di rumah panjang Edison Bugap Rasin, Melekun, kira-kira 30 minit perjalanan dari pekan Kapit malam Rabu lalu. Soalan itu dikemukakan Edison selepas Anwar berucap kira-kira 20 minit kepada lebih 100 penduduk rumah panjang itu.
Menurut laman blog pisau.net, Anwar dikatakan marah dengan soalan itu sebelum beredar dari rumah panjang berkenaan tanpa bersalam dengan penduduk di situ.
Edison berkata itu adalah kali kedua pembangkang datang berceramah di rumah panjang itu dengan menekankan kepada isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), pembalakan dan pelbagai dakwaan lain terhadap kerajaan negeri.
"Saya tidak mahu orang ingat semua penduduk rumah panjang sokong pembangkang kerana sudah dua kali mereka ke sini," katanya mengakui adalah penyokong Barisan Nasional (BN).
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata rata-rata penduduk suka mendengar Anwar berucap kerana beliau penceramah yang pandai bercakap dan kelihatan seperti ikhlas mahu membela nasih penduduk di rumah panjang itu, khususnya berkaitan isu tanah.
"Anwar memang pandai bercakap, kalau dia cakap semua orang tertarik dengan apa saja yang dia katakan," kata seorang pemuda Iban, lingkungan 30-an di rumah panjang itu.
Tinjauan mendapati kawasan rumah panjang moden dua tingkat itu masih tiada bekalan air sempurna dengan majoriti penduduknya bergantung kepada kolam air dan saliran anak sungai yang dibina sendiri oleh penduduk bagi keperluan harian seperti mandi dan membasuh.
KOMEN:
-BERDASARKAN LAPORAN BERITA INI,ANWAR ADALAH SEORANG YANG TIDAK MENGHORMATI RAKYAT SERAWAK DAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB APABILA HANYA PANDAI MENABUR JANJI,NAMUN TIDAK AKAN DAPAT MENUNAIKANNYA.TAIB GATES PULA GAGAL MENJAGA KESEJAHTERAAN PENDUDUK RUMAH PANJENG ITU KERANA TIDAK BERUPAYA MEMBERIKAN KEMUDAHAN ASAS AIR KEPADA MEREKA SETELAH LAMA MEMERINTAH SERAWAK BERDEKAD-DEKAD.
-KEPADA SESIAPA YANG BERADA DITEMPAT KEJADIAN DAN MENYAKSIKAN INSIDEN TERSEBUT BERLAKU,SAYA MEMOHON JASA BAIK ANDA UNTUK MEMBERI PENGESAHAN ATAU MENERANGKAN PERKARA SEBENAR YANG BERLAKU.
-APAPUN YANG BERLAKU,REJIM PI-BI-BI HARUSLAH DITUMBANGKAN.MEREKA SUDAH TERLALU LAMA MEMERINTAH SERAWAK.TERLALU BANYAK HASIL KEKAYAAN SERAWAK BERLINGKAR DALAM LINGKUNGAN ELIT ANAK JATI SERAWAK SAHAJA.INI ADALAH TIDAK ADIL DAN BECANGGAHAN DENGAN SEMANGAT PERSEKUTUAN.
-KEKAYAAN SERAWAK HARUSLAH DIKONGSI BERSAMA.HARUS JUGA KEKAYAAN ITU DIANGKUT KE SEMENANJUNG UNTUK DIKONGSI BERSAMA DENGAN REGIM AMENO.
-ALANGKAH BAGUSNYA JIKA AMENO ATAU DAP BOLEH MASUK KESERAWAK.BOLEHLAH 2.0 PERKARA PEJANJIAN PENUBUHAN MENSIA DAHULU DIMANSUHKAN.BIAR TIADA LAGI SYARAT MEGRESEN YANG MENYUSAHKAN MENYEKAT AMENO DARIPADA BERDUYUN-DUYUN MASUK KE SERAH-AWAK.
-DI NEGERI BAH BAH DULU,TANAH PUN BOLEH DIGADAI KEPADA PERSEKUTUAN.SERAWAK PUN SEHARUSNYA MENGAMBIL CONTOH DARIPADA PERKARA INI.JUAL/GADAIKAN LAH TANAH SERAWAK KEPADA PERSEKUTUAN BAGI MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN NEGERI DENGAN PERSEKUTUAN.
-SCORE MEMERLUKAN RAMAI TENAGA KERJA.INILAH MASANYA KITA MEMBAWA MASUK AMENO UNTUK BEKERJA DI SCORE.INI BUKAN BERMAKSUD KITA HENDAK MENAFIKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA ANAK JATI SERAH-AWAK,TETAPI UNTUK MEMBINA INTEGRASI NASIOANAL YANG LEBIH KUKUH ANTARA NEGERI DAN PERSEKUTUAN.
-AKHIRKATA,JATUHKANLAH REGIM PI-BI-BI-TAIB GATES,SAMA-SAMALAH KITA ANGKAT ABG JO-bo DAN AMENO BAGI MENJAMIN KETUANAN AMENO KEATAS SERAWAK.
No comments:
Post a Comment