Saturday, 2 April 2011

Perpecahan dalam PR di Sarawak?


Pakatan sedia bertarung tanpa bantuan Snap
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 3, 11
9:31am
Kongsi 31
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap.

Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.

anwar ibrahim in melugu, sri aman frontMeskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.

"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu?

"Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang,” kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan.

"DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN,” katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat.

Anwar at rumah ujan, melugu, sri amanTerdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa “parti yang hampir mati” itu ditaja oleh BN.

"Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa,” kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan.

Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan.

Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia.

street in Melugu, sri amanUndi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN.

Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini.

KOMEN:

-SEKIRANYA KITA TIDAK FAMILIAR DENGAN SESUATU KAWASAN,UNTUK MERENTAS ATAU MEMUGAR KAWASAN ITU KITA PERLUKAN LOCAL GUIDE UNTUK TIDAK TERSESAT ATAU MENGAMBIL LALUAN YANG SALAH.

-TINDAKAN MENGENEPIKAN 'LOCAL GUIDE' SEBAGAI ALLIES ADALAH SATU KESILAPAN BESAR YANG MUNGKIN MELEMAHKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PR.

-IA AKAN MENJADI ISU 'PARTI DOMINAN DARI SEMENANJUNG TIDAK MAHU FAHAM DAN TIDAK MAHU MENGHORMATI LOCAL PEOPLE OF SARAWAK'.KESANNYA NANTI, RAKYAT TIDAK AKAN MENYOKONG PR DI SARAWAK.

-SEKIRANYA PR MAHU MENANG DI SARAWAK,PR HARUS MENCARI ALLIES YANG BASE DI SARAWAK,MEMILIH WAKIL YANG TEPAT DAN BERKUALITI,MENCIPTA MANIFESTO / POLISI YANG BETUL-BETUL BOLEH MENJAMIN KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HIDUP RAKYAT SERTA YANG PALING PENTING-MENDENGAR SUARA DAN KEINGINAN RAKYAT TEMPATAN.(BUKAN MENDENGAR SUARA HATI SENDIRI SAJAHA)

-BANYAK KELEMAHAN DAN KEPINCANGAN (DALAM PR TERUTAMANYA PKR)YANG PERLU DIPERBAIKI LAGI OLEH PR SEKIRANYA INGIN BERTAPAK DI NEGERI SARAWAK.

-SEKIRANYA PR MENANG SEKALI GANDA PUN KERUSI DALAM PILIHANRAYA NEGERI PADA KALI INI BERBANDING PILIHAN RAYA YANG LEPAS,PR TETAP BELUM DAPAT MENGGUGAT MAJORITI 2/3 BN DI DUN SARAWAK.

No comments:

Post a Comment