Pengganti Taib sudah ada
Oleh Misiah Taib dan Mohd Azis Ngah
2011/04/12
NAJIB dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Lingga, Semoi Peri bersama pemimpin BN dan melaungkan 1Malaysia ketika membuat tinjauan mesra di Bandar Sri Aman, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor
SRI AMAN: Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah mencapai persefahaman berhubung calon pengganti Ketua Menteri Sarawak bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa kepemimpinan negeri ini.
Perdana Menteri berkata, mereka akan mendedahkan nama pengganti ketua menteri itu apabila tiba masanya kelak.
Beliau yang melakukan beberapa siri tinjauan mesra ke Saratok, Beladin dan Spaoh di bahagian ini semalam, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Abdul Taib ialah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Ditanya sama ada tindakan pembangkang menjadikan Abdul Taib sebagai sasaran, menjadi bebanan kepada kempen Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN menafikannya.
“Tidak... kita ada hubungan baik dengan negeri. Apa yang penting kita mahu memastikan peralihan kepemimpinan di Sarawak berjalan lancar,” katanya.
Mengenai kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini, Najib berkata, Sarawak terlalu besar dan beliau tidak boleh berada di semua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Persaingan kali ini tidak macam dulu. Ia adalah persaingan lebih hebat. BN kena tingkatkan lagi usaha. Ada kawasan masih kelabu, ada kawasan sudah bertambah baik bagi BN. Macam manapun kita kena tingkatkan lagi usaha,” katanya.
Mengenai kempen DAP yang menggunakan pendekatan undi BN sama dengan undi Taib, Najib berkata rakyat Sarawak harus faham bahawa apa yang diperlukan ialah kerajaan negeri yang sama dengan Kerajaan Pusat.
“Jika kita tak ada kerajaan negeri sama dengan Pusat, ini akan menyulitkan kerja-kerja membangunkan Sarawak dan kita tahu bahawa hanya BN boleh ‘deliver’.
Kita dah tunjukkan dalam masa setahun lebih kita melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sudah banyak projek luar bandar kita laksanakan di Sarawak.
“Saya berazam menyelesaikan agenda pembangunan untuk negeri ini, sebab itu kita perlukan mandat rakyat,” katanya.
Sementara itu di MIRI; Abdul Taib memberi jaminan akan mengotakan janjinya untuk melaksanakan perubahan kepemimpinan negeri dan peralihan kuasa jika BN terus diberi kepercayaan memerintah.
Katanya, pendirian itu sudah lama dipegang dan sebagai pemimpin BN, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip parti yang sentiasa menunaikan janji dan tidak sesekali memungkirinya.
“Jangan cakap dulu pasal itu, kerana saya sudah ada pendirian sendiri. Jika tidak, sudah tentu saya akan terus (berterus-terang). Itu semuanya sebagai jaminan peralihan kali ini cukup licin,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Semula Taman Selera Miri di sini, petang semalam.
Sementara itu, Najib ketika mengulas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guang Eng, yang masih memainkan isu injil dalam kempen mereka berkata, isu berkenaan sudah selesai dan tidak harus dibangkitkan lagi.
“Kita sudah runding perkara ini dengan baik dan Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sudah diminta melakukan rundingan, dengan setiap rundingan mendapat restu saya. Ia sudah diselesaikan dengan baik dan keputusan yang kita buat, boleh dipakai secara berterusan,” katanya.
Kepada keyakinan pembangkang bahawa mereka akan menang besar dan sebab itu Perdana Menteri terpaksa kerap datang ke Sarawak, Najib berkata, setiap pilihan raya kecil pun dia datang, ini pula pilihan raya negeri dengan 71 kerusi dipertandingkan.
‘Tentu sekali kehadiran saya diperlukan di sini, sebab itu saya kena peruntukan masa untuk turun ke Sarawak,” katanya.
KOMEN:
-TIADA SIAPA TAHU APA YANG ADA DIDALAM BENAK ATAU PERCATURAN POLITIK TAIB GATES.(SEKIRANYA BOLEH DIBACA,MING COURT INCIDENT 1987 DAHULU SUDAH CUKUP UNTUK MENJATUHKAN BELIAU.)
-KEMUNGKINAN CALON YANG TAK TERFIKIRKAN OLEH KITA BOLEH TIBA-TIBA MUNCUL MENGGANTIKAN BELIAU.MUNGKIN JUGA DIA AKAN TERUS BERKUASA.APA PUN,TAIB GATES SENTIASA SUKAR DIRAMAL.DIA SENTIASA LICIK BERPOLITIK.
-SETIAP CABARAN DISELESAIKAN DENGAN CARA YANG TIDAK BOLEH DIJANGKA OLEH KITA.DIA SANGAT MEMAHAMI POLITIK SERAWAK BAGAIKAN MEMAHAMI SETIAP URAT DI TELAPAK TANGANNYA SENDIRI.SEBAB ITU DIA MAMPU BERTAHAN LAMA TANPA DAPAT DICANTAS OLEH SESIAPA PUN.
-SECARA PERIBADI,SAYA MELIHAT POLITIK SERAWAK TAMPAK TENANG ADALAH HASIL KELICIKAN BELIAU BERPOLITIK.APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA DIA TURUN DARI TAMPUK PEMERINTAHAN? PASTI AKAN TERJADI PEREBUTAN KUASA SEKIRANYA TERDAPAT 'POWER VACUM' DALAM ARENA POLITIK SERAWAK.
-PERTEMPURAN MEREBUT KERUSI KM TIDAK AKAN MENGUNTUNGKAN RAKYAT SERAWAK SENDIRI.SETIAP RAKYAT AKAN RUGI.KAMPUNG HANGUS,RUMAH TERGADAI.MENANG JADI ABU,KALAH JADI ARANG.HANYA PIHAK 'KETIGA' YANG MUNGKIN AKAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH.
-TAIB GATES SEDAR AKAN HAL INI.DIA DILIHAT SUDAH MENGATUR LANGKAH DAN GERAK BAGI MELANCARKAN PROSES PERALIHAN KUASA.DIA AKAN MEMASTIKAN CALON PILIHANNYA AKAN MENGGANTIKAN DIRINYA.KEMUNGKINAN BESAR,ANAK DIDIK BELIAU YANG AKAN MENGGANTIKANNYA.MANAKALA CALON LAIN AKAN CUBA UNTUK DICANTAS DARI ARUS POLITIK SERAWAK.GERAKAN KEARAH ITU SUDAH MULA JELAS KELIHATAN.
-SAMA-SAMA LAH KITA LIHAT SELEPAS PILIHAN RAYA INI.BEend SERAWAK HAMPIR PASTI AKAN MENANG.BERDASARKAN SURVEY TIM YANG SAYA HANTAR KE SERATA SERAWAK DAN MAKLUM BALAS DARI RAKYAT SERAWAK SENDIRI,BEend SERAWAK TIADA MASALAH UNTUK MENGEKALKAN MAJORITI 2/3 KERUSI DUN.
-APA YANG MENARIK BAGI SAYA ADALAH PERKARA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI.MULANYA PEPERANGAN DALAMAN BEend SERAWAK,TERUTAMANYA DALAM PI-BI-BI YANG AKAN MENENTUKAN SIAPA BAKAL KM SERAWAK YANG BARU.PASTI AKAN BERLAKU PERPECAHAN DIKALANGAN BEnd SERAWAK.PILIHAN RAYA NEGERI KE 11 AKAN DATANG MERUPAKAN MEDAN SEBENAR PR UNTUK MERAMPAS SERAWAK DARI BEend.
-DIKALA ITU,BEend SERAWAK SAYA RAMALKAN AKAN BERADA DALAM KEADAAN YANG PALING LEMAH.TERUTAMANYA JIKA KM SERAWAK BUKAN DARI ANAK DIDIK PILIHAN TAIB GATES.KEADAAN INI SANGAT BAIK UNTUK DIAMBIL KESEMPATAN OLEH PR.NAMUN,SEKIRANYA PIHAK 'KETIGA' CUBA MEMBAWA MASUK PARTI BEend YANG LAIN KE SERAWAK,INI AKAN SANGAT MERUGIKAN PR.
-SEKIRANYA PIHAK 'KETIGA' CUBA MASUK KE SERAWAK SEPERTI DI NEGERI BAH BAH BAH, RAKYAT SERAWAK AKAN BERSATU DAN AKAN KEMBALI MENYOKONG PI-BI-BI.BAIK PR MAHUPUN PIHAK 'KETIGA' SECARA AUTOMATIK AKAN DI TOLAK...........
No comments:
Post a Comment